Thursday, July 23, 2009

MARYAM ZULAIKHA ( AIKA )

Nama saya Maryam Zulaikha bt Mohd.Zaki. Panggilan manja " AIKA ". Dilahirkan di Hospital Teluk Intan, Perak pada 26 Disember 2008 pukul 10.19 pagi Jumaat. Berat semasa lahir 2.85kg.

Sejuk perut ibu mengandung... Ramai orang cakap muka saya macam muka ayah. Ada yang panggil saya " ZAKI JUNIOR "... Ayah dan ibu saya bekerja sebagai seorang guru. Bila ayah dan ibu kerja, saya tinggal dengan mama. Saya ada 2 orang kawan iaitu Adam dan Sofia.

Dibawah ni banyak gambar-gambar saya dari lahir sehingga sekarang...( 7 bulan ).Lihatlah gambar saya yang "cute" ni...

##########################################################
Album saya:



lahir hingga 4 bulan.












5 bulan hingga 7 bulan
















Tuesday, July 21, 2009

KELUARGA ISMADI

Ismadi dilahirkan di Kg.Bukit Kapar, Klang pada 18.9.1963. Merupakan anak yang ke 2 daripada 6 orang adik beradik. Panggilan manja ( Bang Is ). Mendapat pendidikan awal diperingkat rendah diSK Bukit Kapar, Klang. Kemudiannya menyambung pelajarannya di peringkat menengah di SMTIS Kapar sehingga tingkatan 5. Taraf pendidikan SPM. Seorang yang rajin bekerja. Kini bekerja sebagai Guard di sebuah kilang di Meru dan apabila ada masa terluang beliau berniaga secara kecil kecilan. Sudah berumahtangga dan memiliki 4 orang cahaya mata iaitu Nur Fatin Aisyah, Muhamad Faiz Aizat, Nur Filzati Alishah dan Nurfara Fishah Asyilah.

Monday, July 20, 2009

KELUARGA JAHLELA

20.10.1967 merupakan tarikh keramat bagi Pn.Jahlela di mana beliau lahir di bumi Kg.Bukit Kapar, Klang. Merupakan anak ke 3 dari 6 orang adik beradik. Panggilan manja ( kak yah ). Mendapat pendidikan awal di SK Bukit Kapar, Klang dari tahun 1 hingga tahun 6. Kemudiannya beliau menyambung persekolahannya di peringkat menengah di SMTIS, Kapar ( kini SMK Tengku Idris Shah Kapar ). Setelah mendapat keputusan yang agak baik di peringkat SPM, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di ITM, Shah Alam ( UITM ).

Setelah beliau mendapat segulung Diploma Engineering, beliau ditawarkan pekerjaan di salah sebuah kilang di Johor. Akan tetapi, hanya beberapa minggu sahaja beliau bekerja di Johor, memandangkan jawatan yang ditawarkan kurang bersesuaian dengan jiwa beliau. Beliau mendapat tawaran masuk ke Maktab Perguruan Batu Pahat Johor. Hampir 3 tahun beliau menimba ilmu di Maktab, akhirnya beliau berjaya mendapat segulung Sijil Perguruan Matematik...

Kemudiannya, beliau telah dipostingkan di SMA Sg. Manggis Banting, Selangor dari Januari 1997 hingga sekarang.. Beliau telah berkahwin dan mendapat 2 orang cahaya mata iaitu Muhamad Firdaus dan Muhamad Fakhrul Hafiz.

Monday, July 6, 2009

KELUARGA ZAKI

Pada tanggal 14 jun 1971, telah dilahirkan seorang bayi di beri nama Mohd.Zaki bin Kasim di sebuah rumah di Kg.Meru Klang. Merupakan anak ke 4 . Panggilan manja ( bangcik ). Mula melangkah kaki ke alam persekolahan pada 2 Januari 1978 di SK Bukit Kapar, Klang Selangor.
Tahun 1984 beliau menyambung pelajarannya di peringkat menengah di SMA Sg.Bertik Klang dari tingkatan 1 hingga 3, kemudiannya berpindah ke sekolah SAMT TAJ Shah Alam tahun 1987 hingga 1988. Setelah mendapat keputusan SPM yang agak baik, beliau ditawarkan ke Kolej Islam Klang, Klang. Selepas mendapat keputusan STPM, beliau memohon untuk ke maktab perguruan, namun tidak berjaya.
Tahun 1993, sekali lagi beliau memohon ke maktab perguruan, al hamdulillah... beliau berjaya mendapat tempat dan ditawarkan ke Maktab Perguruan Islam, Bangi Selangor dari Jun 1993 hingga November 1995.. Akhirnya, beliau telah dipostingkan di Sabah. Namun demikian, beliau beruntung kerana mendapat sekolah di pinggir bandar. Beliau telah berkhidmat di SK Patau-Patau,WP Labuan dari tahun 1995 hingga 2003. Lebih kurang 8 tahun beliau berada di Sabah, banyak pengalaman yang beliau timba. Pada masa yang sama beliau telah menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah di UKM Cawangan Sabah. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Amirul Rifhan Hakim, Arisya Nadhirah dan Aqila Ayuni.
Tahun 2004, beliau berpindah ke Pahang ditempatkan di SK Jerantut Jaya. Kini, beliau mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Maryam Zulaikha ( aika 7 bulan ).



#########################################################################

A L B U M

Pangkor 2007









Antara tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor, Perak.

##########################################################################

Keluargaku

Menikmati Keindahan Alam di Kelumpang Resort bersama sebahagian ahli keluarga.

Berdiri di belakang : Fatin,Kak Ina,Ismadi,Jahlela,Mariah dan Zaki.
Berdiri tengah :
Fara,Filzati,Fakhrul,Arisya dan Aqila.
Duduk di hadapan:
Rifhan,Aizat dan Firdaus.





Mandi di arus yang deras... walaupun bahaya! tapi seronok mandi di sini... sejuk dan segar.







Maya, Rifhan, Arisya, Aqila dan Aika
di Taman Permainan, Bandar Muadzam Shah








Aika bersama ibu di Kuala Gandah, Lanchang