Monday, July 6, 2009

KELUARGA ZAKI

Pada tanggal 14 jun 1971, telah dilahirkan seorang bayi di beri nama Mohd.Zaki bin Kasim di sebuah rumah di Kg.Meru Klang. Merupakan anak ke 4 . Panggilan manja ( bangcik ). Mula melangkah kaki ke alam persekolahan pada 2 Januari 1978 di SK Bukit Kapar, Klang Selangor.
Tahun 1984 beliau menyambung pelajarannya di peringkat menengah di SMA Sg.Bertik Klang dari tingkatan 1 hingga 3, kemudiannya berpindah ke sekolah SAMT TAJ Shah Alam tahun 1987 hingga 1988. Setelah mendapat keputusan SPM yang agak baik, beliau ditawarkan ke Kolej Islam Klang, Klang. Selepas mendapat keputusan STPM, beliau memohon untuk ke maktab perguruan, namun tidak berjaya.
Tahun 1993, sekali lagi beliau memohon ke maktab perguruan, al hamdulillah... beliau berjaya mendapat tempat dan ditawarkan ke Maktab Perguruan Islam, Bangi Selangor dari Jun 1993 hingga November 1995.. Akhirnya, beliau telah dipostingkan di Sabah. Namun demikian, beliau beruntung kerana mendapat sekolah di pinggir bandar. Beliau telah berkhidmat di SK Patau-Patau,WP Labuan dari tahun 1995 hingga 2003. Lebih kurang 8 tahun beliau berada di Sabah, banyak pengalaman yang beliau timba. Pada masa yang sama beliau telah menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah di UKM Cawangan Sabah. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Amirul Rifhan Hakim, Arisya Nadhirah dan Aqila Ayuni.
Tahun 2004, beliau berpindah ke Pahang ditempatkan di SK Jerantut Jaya. Kini, beliau mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Maryam Zulaikha ( aika 7 bulan ).



#########################################################################

A L B U M

Pangkor 2007









Antara tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor, Perak.

##########################################################################

Keluargaku

Menikmati Keindahan Alam di Kelumpang Resort bersama sebahagian ahli keluarga.

Berdiri di belakang : Fatin,Kak Ina,Ismadi,Jahlela,Mariah dan Zaki.
Berdiri tengah :
Fara,Filzati,Fakhrul,Arisya dan Aqila.
Duduk di hadapan:
Rifhan,Aizat dan Firdaus.





Mandi di arus yang deras... walaupun bahaya! tapi seronok mandi di sini... sejuk dan segar.







Maya, Rifhan, Arisya, Aqila dan Aika
di Taman Permainan, Bandar Muadzam Shah








Aika bersama ibu di Kuala Gandah, Lanchang







No comments:

Post a Comment